Bermula pada 22-24 Mac seramai 141 peserta yang terdir daripada 109 lelaki 32 wanita berkampung di Kem Kolej Ketengah untuk menjalani Program Bakti Remaja 2010 setelah berakhirnya untuk siri Dun Paka dan juga Dun Rantau Abang.
Rata-rata peserta kali ini memberikan komitmen dan menunjukkan semangat bagi meneruskan program ini. Kebanyakan dari mereka amat teruja kerana merasakan program yang dilaksanakan di kem ini begitu berjaya menarik minat mereka semua dengan pelbagai aktiviti serta LDK – LDK yang dijalankan tidak membosankan.
Ini diakui sendiri oleh Presiden Dun Bukit Besi Siri 1 iaitu, Che Wan Nortaksiah Binti Wan Abdullah (gambar kecil). Beliau memenangi pilihanraya DBR 2010 yang mendapat 90 undi mengalahkan 4 calon lain.
“ Saya selaku presiden bagi dun Bukit Besi yang dipilih mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana menganjurkan program ini. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara di kalangan peserta. Selain itu peserta juga dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman sepanjang kursus dijalankan. Peserta juga dapat mengeratkan sillaturrahim diantara satu sama lain” ujar beliau.
2 komen:
program 3 hari 2 malam nie begitu singkat la rasanya..program nie memang best dengan fasilitationya yang enjoy dan program yang santai.pasti semua nie menjadi pengalaman indah buat semua peserta.kepada tuan komandan,mohtadin bin arim,koordinator,jurulatih,urusetia dan para fasilitator..terima kasih tidak terhingga atas jasa dan ilmu yang dicurahkan..akan kami kenang jasamu semua...selagi mentari masih ada....(^_________^)
Sama - sama Tuan Presiden, kami semua kagum dengan anda dan kesemua peserta Dun Bukit Besi Siri 1 tempoh hari.
Catat Ulasan