MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

09 Mac 2010

Taklimat Akhir DBR 2010

09 Mac 2010

Satu taklimat penyelarasan peringkat akhir sebelum bermulanya DBR 2010 di Kem Kolej Ketengah telah diadakan di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Dungun kira – kira jam 9 malam pada 8 Mac 2010.

 

08032010236 Taklimat ini telah dipegerusikan oleh Saudara Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun iaitu Encik Azhar Bin Jambul. Turut sama adalah Sdr Riduan Ishak (setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Dungun), Sdr Azadi Rosli ( Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Dungun). Taklimat ini turut melibatkan ke empat – empat Penyelaras Sayap Umno Dun masing-masing.

 

Kem Komandan, Jurulatih, serta fasilitator – fasilitator yang akan bertugas telah diberikan penerangan dan amanat khas daripada Pemuda UMNO Bahagian Dungun hampir 2 jam.

Share


1 komen:

Tanpa Nama berkata...

satu je xbest pic nie....cik piah jrulatih kita xdok dlm pic...biasa muka cik piah xpnh ktnggalan pun dlm mana2 pic...hak..hak...

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook