Pernahkah kamu merasakan rasa tidak puas hati  dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Munghin kamu pernah, tetapi tidak  perasan akan sikap buruk itu.
Untuk mengetahui jawapannya  dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan  cermin. Apakah reaksi kamu? Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena  tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri  sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu. Di sini ada boberapa cara yang boleh membantu  kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah  perubahannya nanti.
Hentikan segala kritikan
Kritikan tidak akan mengubah  sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri  kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri,  perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri,  perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri  kamu.
Sokonglah diri sendiri
Cari jalan untuk menyokong diri  sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan  benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.
Pujilah diri kamu
Kritikan meruntuhkan kekuatan  rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang  kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu  kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini  kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.
Jangan menakutkan diri  sendiri
Berhentilah daripada memikirkan  perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu  imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu  ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.
Bersikap baik terhadap  minda kamu
Membenci diri sendiri hanya akan  merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan  begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.
Bersikap lemah lembut, baik  hati dan sabar
Berlemah lembutlah terhadap diri  sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu  mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang  lain melayani kamu sedemikian rupa.
Usah membenci musuh-musuh  kamu
Pujian yang kamu berikan kepada  mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari  jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua  contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.
Ambil berat tentang  kesihatan
Pelajarilah tentang pemakanan. Apa  jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya  hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa  seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.
Cermin diri
Pandanglah ke dalam mata  kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di  hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu.  Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."
REMAJA, 1-14 MAC 1996, M/S  63



0 komen:
Catat Ulasan