MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

13 Ogos 2009

Tentang Program

13 Ogos 2009
Sebagai belia dan beliawanis, usaha yang bersungguh sungguh harus diutamakan bagi menjamin kelesesaan hidup. Kita jangan rasa rendah diri jika kita hanya seorang Tukang Rumah atau seorang Buruh atau pun kita hanya seorang nelayan. Sebenarnya peranan kita amat penting bagi kehidupan yang harmoni kepada seluruh masyarakat. Manusia sebenarnya saling perlu memerlukan diantara satu sama lain.

Kerajaan Barisan Nasional Terengganu amat menghargai jasa dan semangat yang ditunjukkan oleh para belia dan beliawanis negeri ini. Semua belia dan beliawanis adalah penyumbang kepada kekuatan dan kemakmuran ekonomi negeri ini sehingga kita semua boleh hidup dengan sempurna. Oleh yang demikian Kerajaan BN telah memperkenalkan Program Bakti Remaja 2009 sebagai tanda penghargaan sumbangan anda semua.

Bagi peserta yang terpilih, mereka akan menerima saguhati daripada kerajaan sebanyak
RM 200.00 + (RM300 sebagai elaun kursus) seorang. Syarat penerima pula ialah yang berpendapatan RM 1200.00 kebawah, belum berkahwin, berumur 21 hingga 40 tahun dan rakyat Terengganu. Sumbangan ini adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan atas sumbangan saudara dan saudari kepada negeri yang kita sayangi iaitu Terengganu Darul Iman.

Sebagai hamba Allah kita hendaklah bersyukur dengan nikmat ini. Kita doakan supaya nikmat ini akan berkekalan dimasa masa yang akan datang. Disamping itu kita tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin terhadap nasib remaja sekalian.

' Terima Kasih Buat Semua Belia & Beliawanis Terengganu, Marilah kita Terus Bersama UMNO dan Barisan Nasional'.
Share


2 komen:

penawarrindu berkata...

Pitis kerajaan ( Jab Belia) Guna untuk umno....gila pak itu...brensk lu

Koordinator berkata...

KEPADA penawarrindu sila postkan kembali komen anda di sini
---> http://baktiremaja.blogspot.com/2009/08/komen-anda-tentang-program-ini.html

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook