MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

29 Mac 2010

Berubah Sebelum Tiba Masanya

29 Mac 2010
Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua...

Semoga pagi yang redup ini akan membawa suatu perubahan dengan semangat yang baru untuk kita semua. Sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menamatkan kursus di Maran, Pahang. Diharapkan angin perubahan akan bertiup di seluruh bahagian Dungun untuk terus bekerja memantapkan perjuangan parti.

Penulis amat berbangga dan bersyukur ke hadrat Ilahi kiranya ilmu yang ditimba dapat digunakan untuk berbakti kepada rakyat yang ada walau di ceruk mana mereka berada sekalipun. Demi memperjuangkan kedudukan bangsa sendiri janganlah kita mengambil mudah apajua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat khususnya yang sentiasa di pandangan mata kita.

Pelbagai langkah diambil untuk memperkuatkan parti. Namun semua itu akan menjadi sia-sia bila kita masih meletakkan kepentingan peribadi dari matlamat perjuangan parti. Yang penting kita berani melakukan perubahan yang lebih baik untuk parti dan rakyat untuk terus mengekalkan kuasa politik di tangan orang Melayu.


Perjuangan bangsa yang penulis galas bersama rakan-rakan tidak menuntut penghargaan. Sudah memadai dan kepuasan dicapai bila peringkat akar umbi yang datangnya tidak tahu apa itu politik dan kuasa yang ada pada orang Melayu tetapi pada akhirnya menitiskan airmata kerana kuasa yang ada hari ini bisa hilang bila-bila masa sahaja.

Penulis hanyalah insan biasa yang tiada kepentingan apatah lagi darjat dan kemewahan. Penulis telah melalui 3 PRU di Dungun. Walaupun bukan anak jati Dungun tetapi turut sama-sama memerah keringat untuk mempertahankan apa yang kita ada. Perasaan terkilan tidak dapat disembunyikan bila ada segelintir orang parti yang sanggup membelakangkan perjuangan parti bila orang yang mereka kehendaki tidak terpilih sebagai calon. Begitulah juga dalam pemilihan parti. Sewajarnya kita mengambil pengiktibaran ini agar tidak berulang kembali. Jika kita sayangkan parti jadikanlah pagi yang redup ini sebagai satu titik tolak permulaan untuk kita melakukan perubahan. Kembali pada perjuangan asal parti.

Penulis terharu melihat kesungguhan rakan-rakan pemuda yang sentiasa bersama-sama bekerja untuk parti tanpa mengira masa, tempat apatah lagi imbuhan. Seharusnya kita memperbetulkan persepsi masyarakat kepada kita. Jangan kerana nila setitik akan menyebabkan rosaknya susu sebelanga.

Pemuda hari ini adalah barisan pelapis yang akan senantiasa memperkuatkan parti. Justeru itu marilah kita bersama-sama melakukan perubahan demi kerana perjuangan alif, ba dan ta. Seandainya kita masih leka dan lalai tidak mustahil Melayu akan gugur di bumi sendiri...

Hayati Sebuah Perjuangan...


Share


0 komen:

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook