MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

28 April 2010

Perjuangan Belum Selesai...

28 April 2010
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua...

Berakhir sudah Kursus DBR di Kem Kolej Ketengah. Walaupun hanya beberapa siri namun telah dicurahkan apa yang ada untuk para peserta. Bukan hanya mengikut modul yang ditetapkan bahkan lebih lagi yang disampaikan oleh barisan fasilitator untuk para peserta agar lebih memahami dan menjiwai hakikat sebuah perjuangan.

Terbukti keberkesanan kursus ini telah membuka mata dan minda generasi pelapis hari ini. Bila direnungkan kembali seandainya kursus ini tidak dilaksanakan maka tidak mustahil generasi ini tidak akan memahami erti sebuah perjuangan. Lebih ditakuti mereka akan dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu yang memang mahu menghapuskan tamadun bangsa, kuasa dan Ketuanan Melayu.
Share


0 komen

27 April 2010

Berkenaan Foto Foto Kursus

27 April 2010
Buat masa ini, kesemua gambar kursus diupload ke laman facebook.
Harap maklum - koordinator
Share


0 komen

Foto Dun Paka Siri 2 DBR 2010

P4100768 P4100769 P4100778

Share


0 komen

25 April 2010

Dalam Lingkaran Memori Sebuah Perjuangan

25 April 2010
Dalam Lingkaran Memori Sebuah Perjuangan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam hormat penuh kasih sayang buat rakan-rakan seperjuangan serta para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus DBR di Kem Kolej Ketengah.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan hidayahNya kepada tenaga kerja yang telah terlibat secara langsung sepanjang kursus ini dijalankan.

Walaupun hanya 9 siri kursus bagi parlimen Dungun namun amat diyakini bahawa kesedaran telah pun timbul dari hati para peserta bahawa inilah perjuangan untuk bangsa Melayu yang berada di landasan yang sebenarnya.
Share


1 komen

22 April 2010

MAKLUMAN : Berkenaan Gambar - Gambar Program

22 April 2010
Adalah dengan ini dimaklumkan, segala gambar - gambar sewaktu program akan dimuatnaik pada 29hb Mei 2010 disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. 
Harap maaf.
- En.Koordinator-
Share


0 komen

17 April 2010

Hayati Sebuah Perjuangan

17 April 2010
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan rahmatNya untuk kita terus bersama-sama meneruskan perjuangan demi kerana agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Setelah selesai beberapa siri kursus untuk remaja hari ini telah menunjukkan perubahan yang cukup besar kepada generasi hari ini sebenarnya. Walaupun tidak keseluruhan yang berjaya mengikuti kursus ini namun bagi mereka terpilih adalah amat merugikan mereka seandainya kepulangan mereka tidak memberi pulangan yang besar kepada masyarakat disekeliling mereka. Bukan senang untuk menyertai kursus seperti ini bahkan tidak ada di negeri lain yang menganjurkan kursus yang sama.
Share


0 komen

DBR 2010 Bukit Besi Siri 2

Sebahagian daripada rakaman untuk Dun Bukit Besi Siri 2, lain-lain gambar akan dimuatnaik dari masa ke semasa.
P4060097 P4060098 
Share


0 komen

03 April 2010

Kembali Pada Perjuangan Asal

03 April 2010

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih meminjamkan nafas untuk kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta di bumi yang bertuah ini.

Walaupun masih kepenatan sekembalinya dari Kem Kolej Ketengah bagi siri 2 DBR DUN Rantau Abang namun kepuasan masih terasa bila para peserta yang hadir memberikan kata ikrar untuk terus memartabatkan perjuangan bangsa di bumi yang merdeka ini.
Share


1 komen

01 April 2010

Berkenaan Dun Rantau Abang Siri 2

01 April 2010
MAKLUMAN : Artikel berkenaan Dun Rantau Abang Siri 2 akan dipaparkan  lewat dari kebiasaannya, ini kerana saya terpaksa bergegas meninggalkan kem kerana terdapat urusan kerja yang perlu diselesaikan. Harap maklum. - koordinator
Share


0 komen

baktiremaja on Facebook