MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

10 Mac 2010

Cetusan Hati : Anak Sulung (Siri 4)

10 Mac 2010
Assalamualaikum buat semua para pembaca yang budiman khususnya kepada rakan-rakan fasilitator yang akan meneruskan perjuangan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberi ruang untuk kita menunaikan tanggungjawab di atas mukabumi ini. Begitu juga dengan penulis yang masih diberi kesempatan untuk melontarkan kata-kata melalui cetusan rasa ini.

Minggu depan akan bermula Program Bakti Remaja bagi tahun 2010. Tahun sudah kita telah menunaikan apa yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang cukup tinggi telah ditunjukkan oleh barisan fasilitator. Kita sama-sama menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat kepada generasi belia hari ini agar mereka menjadi warganegara yang sentiasa cintakan agama,bangsa dan negara.

Namun pada kali ini gandingan fasilitator ini telah dipecahkan kepada dua bahagian. Dungun dan Kemaman tidak lagi bergandingan. Dungun di Kolej Ketengah dan Kemaman kekal di Kem Rakan Muda.Biarpun kita tidak lagi bersama tetapi silaturrahim tetapkan terjalin sampai bila-bila.Perjuangan akan tetap diteruskan. Jasa KRM Kemaman takkan dilupakan kerana di situ kita dilahirkan dan di situ juga kita 'berguru' menuntut ilmu.

Penulis kini dalam dua perjuangan yang harus dihadapi. Seringkali menilai diri apakah kali ini mampu memberikan persembahan yang terbaik untuk para belia. Penulis menadah tangan memohon doa agar diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan ini bersama rakan-rakan yang bersemangat tinggi. InsyaAllah gandingan yang ada akan memberikan persembahan yang cemerlang kerana sayangkan agama,bangsa dan negara.

Selagi nafas belum terhenti selagi itulah roh perjuangan ini akan terus semarakkan semangat perjuangan kepada para belia. Rakan-rakan fasilitator adalah antara yang terhebat. Kepada peserta yang terpilih diharapkan kehadiran kalian akan memberi sumbangan besar kepada negara. Apa yang ada akan kita kongsi bersama.

Selamat Maju Jaya kepada Kem Komandan,Urusetia dan Fasilitator yang akan menggalas tugas memikul amanah ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Kolej Ketengah yang telah berbesar hati menerima program ini dengan hati yang terbuka.

Hayati Sebuah Perjuangan...

Salam Hormat Untuk Semua.

Salam 1 Malaysia.



Share


0 komen:

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook