MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

21 Mac 2010

Cetusan Hati : Anak Sulung (Siri 5)

21 Mac 2010
Assalamualaikum...salam buat semua.

Alhamdulillah dua siri Kursus DBR telah berjaya dijalankan dengan penuh jayanya. Walaupun kepenatan tetapi semangat yang ada tidak pernah luntur sedikit pun. Kerjasama dan ikatan persaudaraan yang cukup kuat pada Kem Kom,Urusetia,Fasilitator serta Jurulatih memberi impak yang besar setiap program yang dijalankan.

Peserta-peserta dari DUN Rantau Abang dan Paka yang telah hadir amat membanggakan. Mereka memberi kerjasama yang baik serta disiplin yang tinggi ditunjukkan sepanjang program walaupun mereka datang dari pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Sama-sama melalui suka duka pahit manis sepanjang program akan meninggalkan kenangan sepanjang zaman. Peserta diberikan kefahaman jati diri,pembangunan insan serta tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.

Sekarang bukan lagi masanya untuk kita leka dengan arus dunia hari ini. Tatkala kita diancam oleh orang lain yang ingin menyingkirkan Melayu dari terus berkuasa. Kefahaman perlu disampaikan secara jelas peranan para belia hari ini. Generasi yang bakal menentukan nasib orang Melayu selepas ini kerana Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusaha ke arah yang lebih baik.

Sedarilah ancaman yang ada tidak lagi boleh dipandang ringan. Silap kita membuat pilihan akan memusnahkan segala yang telah terbina selama ini. Perlu diperhalusi dengan pemikiran yang waras. Bukan hanya memandang dari satu sudut kerana ia ada buruk dan baiknya. Yang penting maklumat biarlah tepat dan ada kebenarannya.

Kepada Kem Komandan serta rakan-rakan yang sentiasa bersama suatu penghargaan yang tidak terhingga buat kalian kerana kita tidak pernah meletakkan kepentingan diri di hadapan. Apa jua permasalahan yang timbul kita selesaikan bersama dengan cara yang berhemah.
Secara jelasnya kita telah banyak berkorban walaupun pengorbanan kita itu tidak dipandang oleh orang lain. Biarlah, kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita laksanakan untuk anak bangsa sendiri demi kerana agama,bangsa dan tanahair tercinta.

Kepuasan pada kita dan bersyukur ke hadrat Ilahi apabila peserta yang berjaya menamatkan kursus pulang sebagai perwira yang akan terus bersama-sama mendaulatkan agama,bangsa dan negara. Walaupun kita kadang-kadang terasa dengan pihak pengurusan tetapi semangat yang ada ini mampu untuk kita menangkis segala perkara yang negatif.

Kepada rakan-rakan yang dikasihi juga diseru agar meneruskan perjuangan ini tanpa rasa takut kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tunaikan demi kerana agama,bangsa dan negara.

Salam Perjuangan buat semua...hayati sebuah perjuangan.

Share


0 komen:

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook