Assalamualaikum dan salam hormat buat semua...
Berakhir sudah Kursus DBR di Kem Kolej Ketengah. Walaupun hanya beberapa siri namun telah dicurahkan apa yang ada untuk para peserta. Bukan hanya mengikut modul yang ditetapkan bahkan lebih lagi yang disampaikan oleh barisan fasilitator untuk para peserta agar lebih memahami dan menjiwai hakikat sebuah perjuangan.
Terbukti keberkesanan kursus ini telah membuka mata dan minda generasi pelapis hari ini. Bila direnungkan kembali seandainya kursus ini tidak dilaksanakan maka tidak mustahil generasi ini tidak akan memahami erti sebuah perjuangan. Lebih ditakuti mereka akan dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu yang memang mahu menghapuskan tamadun bangsa, kuasa dan Ketuanan Melayu.
28 April 2010
Perjuangan Belum Selesai...
Dikemaskini Oleh : Anak Sulung Dikirimkan pada 4:24 PTG 28 April 2010 Share0 komen
27 April 2010
Berkenaan Foto Foto Kursus
Dikemaskini Oleh : Koordinator Dikirimkan pada 11:43 PTG 27 April 2010Buat masa ini, kesemua gambar kursus diupload ke laman facebook.
Sila layari www.facebook.com/baktiremaja
Harap maklum - koordinator
0 komen
Foto Dun Paka Siri 2 DBR 2010
Dikemaskini Oleh : Koordinator Dikirimkan pada 1:32 PG ShareKategori: dun paka, dun paka siri 2, galeri foto, kem kolej ketengah, paka, paka siri 2 2010 0 komen
25 April 2010
Dalam Lingkaran Memori Sebuah Perjuangan
Dikemaskini Oleh : Anak Sulung Dikirimkan pada 10:35 PG 25 April 2010
Dalam Lingkaran Memori Sebuah Perjuangan
Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam hormat penuh kasih sayang buat rakan-rakan seperjuangan serta para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus DBR di Kem Kolej Ketengah.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan hidayahNya kepada tenaga kerja yang telah terlibat secara langsung sepanjang kursus ini dijalankan.
Walaupun hanya 9 siri kursus bagi parlimen Dungun namun amat diyakini bahawa kesedaran telah pun timbul dari hati para peserta bahawa inilah perjuangan untuk bangsa Melayu yang berada di landasan yang sebenarnya.
Share

Kategori: cetusan hati anak sulung 1 komen
22 April 2010
MAKLUMAN : Berkenaan Gambar - Gambar Program
Dikemaskini Oleh : Koordinator Dikirimkan pada 4:54 PG 22 April 2010Adalah dengan ini dimaklumkan, segala gambar - gambar sewaktu program akan dimuatnaik pada 29hb Mei 2010 disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Harap maaf.
- En.Koordinator-
0 komen
17 April 2010
Hayati Sebuah Perjuangan
Dikemaskini Oleh : Anak Sulung Dikirimkan pada 12:26 PTG 17 April 2010
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan rahmatNya untuk kita terus bersama-sama meneruskan perjuangan demi kerana agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Setelah selesai beberapa siri kursus untuk remaja hari ini telah menunjukkan perubahan yang cukup besar kepada generasi hari ini sebenarnya. Walaupun tidak keseluruhan yang berjaya mengikuti kursus ini namun bagi mereka terpilih adalah amat merugikan mereka seandainya kepulangan mereka tidak memberi pulangan yang besar kepada masyarakat disekeliling mereka. Bukan senang untuk menyertai kursus seperti ini bahkan tidak ada di negeri lain yang menganjurkan kursus yang sama.

DBR 2010 Bukit Besi Siri 2
Dikemaskini Oleh : Koordinator Dikirimkan pada 3:42 PG
Sebahagian daripada rakaman untuk Dun Bukit Besi Siri 2, lain-lain gambar akan dimuatnaik dari masa ke semasa.
Share
Kategori: bakti remaja, bukit besi, bukit besi siri 2 2010, dun bukit besi, galeri foto 0 komen
03 April 2010
Kembali Pada Perjuangan Asal
Dikemaskini Oleh : Anak Sulung Dikirimkan pada 8:41 PG 03 April 2010Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih meminjamkan nafas untuk kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta di bumi yang bertuah ini.
Walaupun masih kepenatan sekembalinya dari Kem Kolej Ketengah bagi siri 2 DBR DUN Rantau Abang namun kepuasan masih terasa bila para peserta yang hadir memberikan kata ikrar untuk terus memartabatkan perjuangan bangsa di bumi yang merdeka ini.
Walaupun masih kepenatan sekembalinya dari Kem Kolej Ketengah bagi siri 2 DBR DUN Rantau Abang namun kepuasan masih terasa bila para peserta yang hadir memberikan kata ikrar untuk terus memartabatkan perjuangan bangsa di bumi yang merdeka ini.
Kategori: cetusan hati anak sulung 1 komen
01 April 2010
Berkenaan Dun Rantau Abang Siri 2
Dikemaskini Oleh : Koordinator Dikirimkan pada 12:16 PG 01 April 2010MAKLUMAN : Artikel berkenaan Dun Rantau Abang Siri 2 akan dipaparkan lewat dari kebiasaannya, ini kerana saya terpaksa bergegas meninggalkan kem kerana terdapat urusan kerja yang perlu diselesaikan. Harap maklum. - koordinator
Kategori: dun rantau abang, rantau abang siri 2 2010 0 komen
Langgan:
Catatan (Atom)
baktiremaja on Facebook