MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

25 April 2010

Dalam Lingkaran Memori Sebuah Perjuangan

25 April 2010
Dalam Lingkaran Memori Sebuah Perjuangan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam hormat penuh kasih sayang buat rakan-rakan seperjuangan serta para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus DBR di Kem Kolej Ketengah.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan hidayahNya kepada tenaga kerja yang telah terlibat secara langsung sepanjang kursus ini dijalankan.

Walaupun hanya 9 siri kursus bagi parlimen Dungun namun amat diyakini bahawa kesedaran telah pun timbul dari hati para peserta bahawa inilah perjuangan untuk bangsa Melayu yang berada di landasan yang sebenarnya.

Tahun 2009 telah dibuktikan akan kehebatan tenaga kerja yang telah membentuk satu pasukan yang mantap dan jitu sewaktu berbakti di Kem Rakan Muda,Kemaman. Berbekalkan dengan ilmu yang sedikit tahun ini kembali diberikan amanah untuk berbakti di Kem Kolej Ketengah. Amatlah besar jasa dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh pasukan ini. Tanpa mengira penat lelah, kewangan dan kemudahan yang ada pasukan ini telah berjaya mempersembahkan segala yang terbaik. Semua itu bukan kerana nilai imbuhan yang jadi sandaran tapi erti sebuah ikatan persahabatan yang telah lama terjalin tanpa mengira pangkat dan jarak yang menjadi ukuran.

Nyata ditemui generasi hari ini bukan tidak cintakan agama, bangsa dan negara. Mereka sayangkan apa yang telah mereka perolehi hasil dari perjuangan orang-orang terdahulu. Cuma mereka kurang didekati. Sejarah yang berlalu sedikit demi sedikit semakin dilupakan. Seandainya generasi muda hari ini tidak didekati secara langsung tidak mustahil bukan hanya sejarah yang akan mereka lupakan tetapi juga akan membawa mereka terpesong kepada perjuangan yang tidak boleh membela agama dan bangsa.

Tahniah kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus ini. Tanamkanlah semangat cintakan bangsa sekiranya kita mahu agama Islam terus berdaulat di negara yang merdeka ini. Hakikatnya Ketuanan Melayu mesti dipertahankan sampai bila-bila. Tidak akan ada bangsa lain yang akan membela orang melayu melainkan bangsanya sendiri.

Mesej telah disampaikan. Ilmu telah dikongsikan. Hanya menanti saat semboyan dibunyikan untuk meneruskan penguasaan Melayu di bumi sendiri. Pilihan berada di tangan masing-masing untuk menentukan siapa yang akan mereka pilih. Janganlah lagi hendaknya ada yang sanggup mempergadaikan bangsa sendiri sehinggakan kita sanggup menghalalkan apa juga cara demi mencapai matlamat peribadi.

Cukuplah bangsa kita bertelagah sesama sendiri. Janganlah lagi kita menipu diri dan sanggup mentertawakan bangsa sendiri. Dalam kita masih berkelahi ada orang lain yang sentiasa mengharap dan menantikan saat kejatuhan bangsa melayu ini. Sanggupkah kita bumiputera bertuankan bangsa lain di bumi sendiri?

Buat rakan-rakan seperjuangan kenangan bersama kalian takkan dilupakan. Penghargaan dan terima kasih kepada Kem Komandan yang telah memberikan kepercayaan kepada penulis sebagai Ketua Fasilitator. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan fasilitator yang telah memberikan kerjasama yang penuh sepanjang penulis menjadi Ketua Fasilitator di Kem Kolej Ketengah ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari rakan-rakan serta semua tenaga kerja penulis takkan mampu untuk melaksanakannya sendiri. Buat ko-ordinator, walau apa jua rintangan dan ranjau yang menghalang kita akan tetap bersama dalam perjuangan ini.

Penulis berkeyakinan penuh kepada kebolehan rakan-rakan seandainya penulis tidak akan bersama lagi di dalam program ini selepas ini. Walaupun ada ura-ura akan ada tambahan kursus di kem ini namun penulis bersedia untuk menarik diri demi memberi ruang kepada orang lain. Penulis yakin mereka juga akan memberikan yang terbaik malah akan lebih baik lagi dari apa yang penulis persembahkan. Penulis akur dalam perjuangan ini takkan lari dari hasad dengki hati-hati yang busuk dan kotor. Penulis tidak ada apa nak dikisahkan kerana bagi penulis perjuangan alif,ba dan ta ini takkan terhenti di sini. Patah sayap bertongkatkan paruh namun ku daki ku daki jua. Perjuangan akan tetap diteruskan walau dengan cara sendiri.

Terima kasih segalanya buat teman yang sentiasa bersama dalam suka dan duka sebuah perjuangan. Sesungguhnya doa dan dorongan dari rakan-rakan serta adik-adik yang berada di sekeliling adalah pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Ampun dan maaf penulis pohonkan kepada semua andainya ada kata-kata yang terkasar dalam percakapan atau ketika di ruangan ini. Tiada niat mengata kepada sesiapa hanyalah sekadar menyedari kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Ibarat melukut di tepi gantang manakan sama pipit dan enggang. Ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua.

Hayati sebuah perjuangan kerana kita... 1 agama, 1 bangsa, 1 negara.

Salam Hormat. Salam 1 Malaysia.




Salam Teristimewa buat sumber inspirasiku....


Share


1 komen:

ZULATFI ZAKARIA berkata...

slm....tahniah dan time kasih pd KF,KEM-KOM,KOORDINATOR,JURULATIH,URUSETIA TETAP,URUSETIA 4 DUN, BARISAN FASI2.......prjuangan ini akan kita truskan wpun skrg brada d dstinasi msing2.......jika slapas ini akan ad sesi tambahan,sy scara pribadi akn mprtahankan spenuhnya team yg ad d klj ktgh krana prjuangan kita mulakan brsama dan biarlah kita akhiri brsama...........adat manusia,tiada manusia yg smpurna,sdangkan lidah trgigit niekan kita sesama manusia............tangan2 yg mgacau,hati2 yg dengki tue adlh manusia yg tdk ada brsama kita dlm ssh sng kita d klj ktgh......satu je psanan dr saya kpd mreka2 ini,JANGAN HANYA PANDAI BRCAKAP JIKA TIDAK MERASAI SUSAH SENANG KAMI D KOLJ KTGH............SALAM..........

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook