MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

28 April 2010

Perjuangan Belum Selesai...

28 April 2010
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua...

Berakhir sudah Kursus DBR di Kem Kolej Ketengah. Walaupun hanya beberapa siri namun telah dicurahkan apa yang ada untuk para peserta. Bukan hanya mengikut modul yang ditetapkan bahkan lebih lagi yang disampaikan oleh barisan fasilitator untuk para peserta agar lebih memahami dan menjiwai hakikat sebuah perjuangan.

Terbukti keberkesanan kursus ini telah membuka mata dan minda generasi pelapis hari ini. Bila direnungkan kembali seandainya kursus ini tidak dilaksanakan maka tidak mustahil generasi ini tidak akan memahami erti sebuah perjuangan. Lebih ditakuti mereka akan dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu yang memang mahu menghapuskan tamadun bangsa, kuasa dan Ketuanan Melayu.

Buat rakan-rakan seperjuangan walaupun tugas kita telah berakhir namun perjuangan ini belum selesai. Masih banyak tanggungjawab yang harus kita tunaikan kerana ini adalah suatu amanah. Amanah agama,bangsa dan negara terpikul di bahu kita ini untuk terus mempertahankan apa yang kita ada.

Kepada rakan-rakan di bahagian lain walaupun tugasan kami di sini telah pun selesai namun kami sedia berkhidmat menabur bakti di mana-mana sahaja tenaga kami diperlukan. Penulis ingin memaklumkan bahawa sebahagian tenaga yang ada di sini adalah berpengalaman dalam kursus sebegini dan telah pun membuktikannya di Kem Rakan Muda,Kemaman pada tahun 2009. Walaupun lain bahagian namun matlamat dan perjuangan kita adalah sama. Jangan jadikan ia sebagai suatu alasan kerana perjuangan ini demi kerana agama, bangsa dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Kolej Ketengah yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan menyediakan kemudahan yang terbaik. Selaku KF, penulis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan fasilitator yang telah bersama-sama menjayakan program dari awal hingga akhir kursus.

Tidak dilupakan tonggak utama di Kem Kolej Ketengah, Kem Komandan, Ko-Ordinator, Jurulatih serta Urusetia jasa kalian terlalu besar dan pengalaman bekerja bersama kalian akan terpahat sebagai suatu kenangan yang terindah.

Kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun terima kasih atas segala kecaknaan yang telah ditunjukkan. Terima kasih juga kerana memberi ruang kepada penulis dan rakan-rakan untuk berbakti di sana. Walaupun pelbagai halangan dan dugaan namun kami telah tunaikan apa yang terbaik.

Sekiranya ada tangan-tangan yang ingin mencantas itu hentikanlah niat yang tidak membawa kebaikan itu. Walaupun kami dicantas namun perjuangan ini takkan terhenti di sini. Biar apa cara sekalipun perjuangan ini tetap akan diteruskan walau dengan cara sendiri.

Salam ingatan yang berkekalan kepada para peserta yang telah hadir berkursus di kem ini. Jadikan ia suatu pegangan yang akan terus dipertahankan sampai bila-bila kerana ia suatu amanah. Kekalkan apa yang ada pada kita agar generasi selepas ini akan turut merasa apa jua nikmat yang telah kita kecapi.Jangan sampai Melayu hilang kuasa. Ingat pesanan Datuk Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'...

Salam Hormat Penuh Kasih Sayang.

Salam Perjuangan Salam 1 Malaysia.

Hayati Sebuah Perjuangan.




Wassalam.
Share


0 komen:

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook