MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

03 April 2010

Kembali Pada Perjuangan Asal

03 April 2010

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih meminjamkan nafas untuk kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta di bumi yang bertuah ini.

Walaupun masih kepenatan sekembalinya dari Kem Kolej Ketengah bagi siri 2 DBR DUN Rantau Abang namun kepuasan masih terasa bila para peserta yang hadir memberikan kata ikrar untuk terus memartabatkan perjuangan bangsa di bumi yang merdeka ini.

Pada awalnya melihat gelagat dan disiplin yang ditunjukkan segelintir peserta agak membimbangkan apakah mampu untuk diubah dalam masa 3 hari 2 malam. Namun terbukti apabila ditekankan akan disiplin dan ketepatan masa mereka mematuhi segala arahan dan memberikan kerjasama yang baik dalam setiap LDK yang dijalankan.

Bila peserta dibahagikan kumpulan dan dibantu oleh Fasilitator semakin menampakkan bahawa mereka memang kebanyakannya tidak memahami apa itu politik. Baik dari sudut senario mahupun akan kepentingan. Malah ada diantara mereka yang bukan menyokong kerajaan apatah lagi membawa tanggapan negatif kepada UMNO. Jelas mereka telah dipahat dengan maklumat yang salah. Ini suatu tanggungjawab yang besar kepada Kem Komandan, Fasilitator dan semua yang terlibat untuk memberikan gambaran yang sebenar.

Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT hasil kerjasama yang dimainkan oleh semua pihak akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Justeru itulah perlunya kemahiran dan ilmu pengetahuan yang cukup untuk menangani perkara yang sedemikian rupa. Walaupun tanpa BTN tapi ternyata barisan pemuda dan puteri mampu untuk menggalas amanah yang diberikan. Malah suatu kelebihan apabila separuh dari keanggotaan ini adalah tenaga yang sama-sama membantu di Kem Rakan Muda,Kemaman pada tahun lepas.

Yakinlah kepada Yang Maha Esa bahawa setiap perjuangan yang penuh ketulusan akan mendapat keredhaan dariNya. Kita tidak meletakkan kepentingan diri atau nilai imbuhan menjadi keutamaan kerana perjuangan parti tidak mengajar untuk itu semua. InsyaAllah apa yang dilakukan dengan niat yang baik akan mendapat restu dari Allah SWT.

Rumusan yang dibuat telah memasukkan segala maklumat yang benar serta fakta yang tepat. Amatlah penting menguasai ilmu dan memahami sejarah bangsa agar segala tanggapan yang buruk terhadap parti dan kerajaan dapat dipadamkan. Kepincangan dalam parti dan kerajaan jugalah ditimbulkan oleh peserta dalam kursus ini. Bukan salah mereka kerana itulah yang mereka dengar dari ceramah pembangkang. Silap kita juga kerana mengambil mudah dan mendiamkan diri. Marilah kita sama-sama memperbetulkan keadaan. Bukan sahaja untuk generasi hari ini tetapi juga peringkat kepimpinan yang harus menerima hakikat ini dengan penuh keterbukaan.
 The Blind Side

Cukuplah dengan tohmahan yang dilemparkan kepada kita selama ini. Walaupun segelintir yang mengambil kesempatan dengan kedudukan tetapi tohmahan yang dilemparkan amatlah menyakitkan kerana ditujukan kepada semua yang menjadi ahli parti. Kepada yang sering mengata kepada kami hentikanlah kata-kata itu kerana kami juga menentang rasuah dan kronisme. Jangan kerana nila yang setitik susu sebelanga terpaksa dicurahkan.

Renungkanlah sejarah yang telah dirakamkan selama ini. Orang Melayu tidak boleh dipisahkan dengan sejarah. Orang-orang di atas kena mendengar luahan hati orang-orang di bawah kerana orang-orang di bawah ini yang menjadi akar umbi akan menentukan kedudukan orang-orang di atas.

Perjuangan ini belum selesai. Perjuangan hari ini akan menentukan masa depan bangsa Melayu di tanah yang bertuah ini. Hayati sebuah perjuangan. Kembalilah kepada perjuangan parti yang asal....

Hidup Melayu !

Hidup UMNO !

1 Malaysia !

Allahuakbar !
Share


1 komen:

ZUL ATFI ZAKARIA berkata...

slm...slagi d beri pluang,insyaallah prjuangan ini ttp dteruskan.....pcayalah,diri ini tdk mpunyai apa2 nit dan kpentingan pribadi.....namun bgitu jgnlah ad yg mgambil ksempatan ats prjuangan yg suci dan ikhlas ini....sbgai pmimpin yg jka ada dlm hatinya roh prjuangan,AYUH brsama kami demi mneruska prjuangan ini.....kita tdk mahu satu hari 6t kan ad spt lagu bangau oh bangau.....ASYIK CUBA MNYALAHKAN SATU SAMA LAIN........

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook