MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

26 Januari 2010

Cetusan Hati : Anak Sulung (Siri 3)

26 Januari 2010

Assalamualaikum...semoga di pagi ini akan memberi semangat baru kepada kita semua. Minggu ini kita dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Johor,Tuanku Sultan Iskandar dan disusuli dengan pemergian Tun Ghazali Shafie. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita semua.Sememangnya kedua-dua tokoh ini banyak berjasa kepada negara.
Yang pergi takkan kembali. Yang hidup akan meneruskan perjuangan. Terus berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Semangat luntur seketika dengan berita yang mendukacitakan ini. Namun perjuangan harus diteruskan. Semangat juang harus dipulihkan.
Perjalanan masih jauh.Perjuangan belum selesai.Negara kini sentiasa dihangatkan dengan pelbagai isu yang menyentuh kesucian agama.Kedudukan bangsa dipertikai dan kancah politik negara sering diwarnai dengan isu yang amat membimbangkan.
Golongan belia harus sentiasa berwaspada dengan apa yang telah ditimbulkan. Tanpa pemerhatian yang teliti akan membolehkan kita sama-sama terperangkap dengan isu yang ingin menghapuskan keistimewaan bangsa sendiri.
Kepada pemuda dan puteri yang pernah mengikuti Kem Bakti Remaja sentiasalah berhati-hati dengan pelbagai isu ini. Tanpa ketenangan rohani akan mempengaruhi jiwa dan pemikiran kita.Apa yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu ini tentunya mempunyai matlamat mereka sendiri kerana kuasa politik sentiasa menjadi keutamaan.
Semangat patriotik yang ditunjukkan semasa kursus amatlah membanggakan. Kekalkanlah semangat itu sedalam-dalamnya.Perjuangan kita juga kerana agama,bangsa dan negara. Fikirlah dengan ketenangan dan kewarasan.Kita tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Yang jelas demi kerana agama dan anak bangsa sendiri.Janganlah kerana nila setitik susu sebelanga ditumpahkan.Yang pasti Allah SWT sentiasa mengetahui samada buruk atau baik niat perjuangan kita itu.Pembalasan tetap kita akan terima.
Sama-samalah kita pertahankan apa yang kita ada.Sesungguhnya apa yang kita miliki tidak akan kekal selama-lamanya.Namun untuk mendapatkannya bukanlah mudah.Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan.Jadi sentiasalah mengingati apa yang kita miliki hari ini adalah hasil perjuangan orang-orang yang terdahulu.Kenangilah jasa mereka.Hayatilah semangat perjuangan mereka kerana ini adalah amanah yang mereka tinggalkan untuk kita warisi generasi demi generasi.
Saling ingat-mengingati sementara menantikan saat kembali kepada Ilahi.Berpegang teguh pada al-quran dan hadis.Hormati ibubapa kita.Begitu juga dengan guru-guru yang telah mengajar kita.Warisi kesopanan bangsa sampai bila-bila.
Perjuangan takkan terhenti di sini.Pertahankan apa yang kita miliki. Jangan bila dah tiada baru kita nak cakna.Silap kita membuat pilihan akhirnya kita yang gigit jari...
Marilah kita sama-sama mendoakan kebaikan tidak kira yang hidup atau yang telah pergi.
Al-Fatihah...
Salam Perjuangan.
Share


1 komen:

Tanpa Nama berkata...

mmg kelas anak sulung

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook