MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

10 Januari 2010

Cetusan Hati : Anak Sulung (Siri 1)

10 Januari 2010

anak sulong logo Assalamualaikum para pembaca...

Alhamdulillah dipanjangkan umur utk menulis lagi di ruangan ini.Semakin usia kita bertambah selari dgnnya kita juga akan bertambah kematangan dan kewarasan.Kebijaksanaan mengendalikan sesuatu perkara adalah suatu kebajikan krn kita mengamalkan sifat Rasulullah SAW.


Dimanakah kita sewaktu mahkamah membenarkan kpd agama lain utk menggunakan nama Allah dlm anutan agama mereka? Tidak kira apajua tindakan yg dilakukan utk mengembangkan agama mereka. Mereka juga akan menulis nama Allah dlm kitab ajaran mereka.
Apakah tindakan yg kita lakukan melalui bantahan dan perhimpunan akan memberi kesan kpd keputusan mahkamah itu? Sudah tentu kita mahukan suatu perubahan kpd keputusan yg telah diputuskan oleh mahkamah.


Kerajaan mengingatkan kita jgn 'memanaskan' lagi isu ini. Kita akur. Kita akur krn org Melayu yg beragama Islam sgt menghormati org lain dan patuh kpd pemimpin. Akan tetapi kita semakin hari semakin dicabar. Org2 Melayu dan org2 Islam cuba 'ditelanjangkan' oleh pihak yg mmg sengaja dan berniat jahat utk menjatuhkan maruah agama,bangsa & negara.


Mampukah keputusan itu diubah? Kita sama2 akan melihat. Kita mengharapkan kepimpinan yg ada akan mampu utk mengubahnya. Kesannya amatlah besar. Kita tdk mahu berlaku ketegangan yg boleh membawa kpd kehancuran. Namun tdk salah utk org2 Islam dan org2 Melayu bersiap sedia utk menghadapi dugaan ini. Tanpa persediaan kita akan mudah dijatuhkan. Kembalilah ke jalan yg benar. Kembalilah ke jalan Allah. Isilah diri dgn ilmu mempertahankan diri. Bkn utk mencari musuh ttp musuh sentiasa mencabar kita.

Tebalkanlah keimanan dgn amalan berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Di dlm kitab suci al-quran itu cukup utk kita jadikan sbgai panduan. Carilah guru2 yg bersifat kepahlawanan. Tanamkan semangat perjuangan sbgai pejuang demi agama,bangsa dan tanahair.
Mahukah mereka terima sekiranya kalimah Allah yg kita lekatkan di dinding rumah kita turut sama dilekatkan di rumah ibadat mereka.....?

renungilah...


OLEH : ... Anak_Sulung

Share


1 komen:

POK berkata...

TABIK TUK ANAK SULONG..........

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook