MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

24 Januari 2010

Cetusan Hati : Anak Sulung (Siri 2)

24 Januari 2010

Assalamualaikum...
hampir seminggu tidak mengadap pc kerana banyak tugasan di luar. Namun begitu bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberikan ruang untuk berceloteh di sini.
Syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun serta Penyelaras Pemuda DUN Sura,Paka, Rantau Abang dan Bukit Besi yang telah menjayakan Pelancaran Kelab Permotoran Parlimen Dungun.
Untuk menjayakannya bukanlah mudah tanpa komitmen yang jitu dari semua pihak. Semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh Pemuda Bahagian dan Penyelaras telah membuktikan bahawa Pemuda masih ada kekuatan di bawah kepemimpinan Saudara Azhar bin Jambul, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun.
Setiap urusan,perancangan dan pelaksanaan dijalankan dengan penuh rapi dan teratur. Bersatupadu dan bekerjasama demi menjayakan program yang tentunya ingin memberi kebaikan kepada rakyat.
Adalah diharapkan kelab yang telah dilancarkan ini akan terus bergerak dengan pelbagai program yang akan memberi faedah kepada para belia. Penyertaan yang menjangkau 1000 orang peserta ini akan memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat.
Mungkin di parlimen yang lain telah ditubuhkan kelab permotoran ini. Jika tiada, eloklah ditubuhkan segera. Pemuda dan para belia kita ini perlu dibentuk agar mereka menjadi warga yang berguna kepada masyarakat dan negara. Kita tidak mahu lagi anak bangsa kita lalai dan tiada halatuju. Jadikanlah kelab permotoran seperti ini sebagai salah satu alat untuk kita membentuk generasi muda kita.
Tahniah sekali lagi kepada barisan pemuda yang telah menyertai Kelab Permotoran Parlimen Dungun.Luahkanlah idea yang ada untuk kita sama-sama realisasikan.Nyatakanlah apa yang terbaik untuk generasi muda.Gunakan saluran yang ada untuk membantu kita.
Sama-sama kita lihat ke manakah nanti haluan kelab permotoran ini. Jangan sekadar ditubuhkan saja tetapi dibiarkan akhirnya. Semoga Allah SWT memberi hidayah untuk sama-sama kita merencana dan melaksanakan program yang akan membawa kebaikan kepada semua.Jika tidak nanti kita akan dihentam oleh pihak yang sentiasa memerhatikan kita.
Berpesan-pesan dan ingat-mengingati...
Salam 1 Malaysia...
Share


1 komen:

KETUA PENERANGAN PENYELARAS PEMUDA DUN PAKA berkata...

slm....sy jgk nk ucap time kasih pd sume pmuda yg tlibat ngan pelancaran kelab pemotoran parlimen dungun.semoga kita sama mneruskan prjuangan pemuda demi agama,bangsa,negara.....tahniah juga tuk anak sulong atas cetusan rasa nie.....EXCO PEMUDA UMNO DUNGUN....

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook