MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

15 Disember 2009

Program Bakti Remaja Terengganu 2009 Melabuhkan Tirai

15 Disember 2009

IMG_8184

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya Program Bakti Remaja Terengganu 2009 yang bertempat ni Kompleks Rakan Muda Kemaman, Mak Lagam, Kemaman telah selesai dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Untuk program yang julung-julung kali diadakan ini, kami sentiasa melakukan yang terbaik dan sentiasa lebih baik daripada siri-siri sebelum ini. Terima kasih kepada semua jurulatih dan fasilitator yang sentiasa memberikan komitmen terbaik. Tahniah!

Sebanyak 22 siri telah pun bersama kami, secara purata 120 peserta setiap siri,ini bermakna sepanjang tahun ini kami telah bersama 2640 pemuda dan pemudi Pewaris Ketuanan Melayu. Pelbagai kerenah dan ragam, pelbagai perangai dan tabiat, adakalanya mengecewakan, adakalanya membanggakan, adakalanya mengharukan, adakalanya mencuit hati….itu lah asam garam kehidupan. Apa-apapun untuk tahun ini bersama kami, kami merasakan perserta PROGRAM BAKTI REMAJA TERENGGANU 2009 DUN PENGKALAN BERANGAN SIRI KE-2 adalah yang paling terbaik kami temui. Tahniah!

Terima kasih kami ucapkan kepada kakitangan dan pegawai Kompleks Rakan Muda Kemaman yang menyediakan prasarana yang cukup baik kepada kami dan peserta. Baik dari segi penginapan, makan minum, kemudahan jalur lebar, sistem bunyi yang baik, alat bantuan mengajar, peralatan sukan dan sebagainya.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua urusetia-urusetia yang didatangkan dari dun masing-masing untuk bertugas bersama kami.

Semoga kita semua dapat berjumpa lagi untuk program tahun akan datang.

Assalamualaikum

Oleh :

Ahmad Rahmat Bin Ramlee

Koordinator Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 Kompleks Rakan Muda Kemaman.

Share


baktiremaja on Facebook