MAKLUMAN : Untuk tahun 2010, venue blog Bakti Remaja ini Kem Kolej Ketengah,Dungun. Tahun sebelumnya [2009] ianya di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Kemaman.-KOORDINATOR- "SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

01 Februari 2010

Peranan Remaja Dalam Mengekalkan Kemerdekaan Negara Malaysia

01 Februari 2010
Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan mereka telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.

Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kita yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa hadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan cinta kepada negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk remaja mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.

Share


0 komen:

Catat Ulasan

baktiremaja on Facebook